Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia Halimey Abu Bakar berbual bersama penduduk PPR Lembah Subang 1 ketika mengadakan lawatan ke PPR itu pada 23 Jun 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Seri Setia selesai agih sumbangan korban

PETALING JAYA, 24 JUN: Agihan lembu dan kambing untuk ibadah korban pada tahun ini bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia selesai diserahkan kepada penerima.

Penyandangnya Halimey Abu Bakar berkata sumbangan lembu dan kambing oleh Kerajaan Negeri itu bukan sahaja diagihkan kepada masjid dan surau tetapi juga kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta persatuan penduduk.

“Pada tahun ini, kita berikan kepada masjid dan surau yang tidak pernah terima sumbangan sebelum ini, malah turut menerima sumbangan ialah TUDM yang diberi dua ekor kambing.

Penyandang ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar ketika ditemui wartawan di PPR Lembah Subang 1 pada 23 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Empat ekor lembu kita agih kepada masjid manakala kambing pula diberikan untuk surau serta ada persatuan penduduk juga menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri ini,” katanya.

Beliau ditemui pada sesi lawatan Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 di sini semalam.

3 Jun lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan setiap 56 Ahli Dewan Negeri (ADN) menerima empat ekor lembu dan 10 ekor kambing bagi melaksanakan ibadah korban tahun ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut memaklumkan 300 masjid dan surau terpilih menerima sumbangan ibadah korban daripada Kerajaan Negeri sempena Aidiladha.


Pengarang :