Team Operasi Agihan Lembaga Zakat Selangor Daerah Kuala Selangor menyerahkan set mesin pernafasan lengkap tangki gas oksigen kepada seorang ibu tunggal di kediamannya di Kuala Selangor pada 14 Jun 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

Ibu tunggal hidap barah payu dara terima mesin bantuan pernafasan sumbangan LZS

SHAH ALAM, 14 JUN: Nasib seorang ibu tunggal yang mengalami masalah pernafasan susulan menghidap barah payu dara sejak empat tahun lalu mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini.

Agensi itu menyumbangkan set mesin pernafasan lengkap tangki gas oksigen bagi memudahkan wanita berkenaan membuat rawatan kecemasan di rumah.

“Ibu tunggal ini menyara seorang anak masih bersekolah dan hanya berpendapatan melalui hasil saraan arwah suaminya untuk keperluan diri dan anaknya.

“Alhamdulillah hasil semakan, ibu ini yang juga seorang asnaf sudah menerima beberapa bantuan seperti bantuan hari raya, sewa rumah, pendidikan, kewangan dan perubatan,” menurut agensi itu di Facebook.

LZS turut berharap bantuan diagihkan pasukan Operasi Agihan Daerah Kuala Selangor meringankan beban ibu tunggal berkenaan dan sabar menghadapi dugaan.

“Terima kasih juga kepada pengeluar zakat. Sedikit bagi anda segalanya buat mereka,” katanya.


Pengarang :