Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad (tengah) menyempurnakan majlis simbolik sumbangan kenderaan pacuan empat roda oleh Tijari pada 7 Jun 2023. Foto Facebook JMNS
AGENSISELANGOR

Jabatan Mufti terima sumbangan kenderaan pacuan empat roda

Oleh Nas Norziela Nasbah

SHAH ALAM, 8 JUN: Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) menerima sumbangan kenderaan pacuan empat roda tajaan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari).

Jabatan itu memaklumkan sumbangan bertujuan membantu melancarkan operasi turun padang seperti pengukuran arah kiblat, program fatwa dan misi kemanusiaan.

“Ribuan terima kasih kepada Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) dan Tijari atas kerjasama menjayakan sumbangan ini.

“JMNS akan memanfaatkan sumbangan kenderaan ini sebaiknya sebagaimana yang telah dirancang,” katanya di Facebook.

Majlis simbolik penyerahan sumbangan disempurnakan Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad disaksikan Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir.


Pengarang :