Orang ramai membeli barang keperluan asas di Program Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha Parlimen Gombak di Padang Awam Batu Caves pada 24 Jun 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jualan mega Aidiladha di Gombak terima sambutan, lebih 2,000 ekor ayam habis

Oleh Shamz Johan

GOMBAK, 24 JUN: Lebih 2,000 ekor ayam, 1,200 pek beras dan 900 papan telur dijual pada Jualan Ehsan Mega Rahmah Aidiladha Parlimen Gombak di sini hari ini.

Penolong Pengurus Logistik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata pihaknya turut menawarkan tiga jenis pek ikan serta pelbagai barangan kering jenama Ehsan.

Penolong pengurus logistik PKPS Mohd Hasri Hassan. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI

“Sempena Aidiladha, pihak kami menjual pek ikan kembung, selar dan cencaru selain barangan kering jenama Ehsan PKPS seperti santan, sos cili, sardin dan minyak masak (1 kg) untuk penduduk membuat persiapan,” Kata Mohd Hasri Hassan ketika ditemui.

Tambahnya, lebih 1,000 penduduk hadir dengan nombor giliran habis kira-kira jam 11 pagi pada jualan di padang awam Taman Batu Caves.

“Kami buka tiga kaunter untuk kelancaran program, walaupun sesak dan padat namun jualan tetap teratur,” katanya lagi.

Turut dijual barangan kering keluaran jenama Ehsan PKPS seperti gula, sos cili dan tomato, sardin tin, cili giling dan minyak masak polibeg (1kg).

Jualan murah PKPS menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Sempena perayaan, Jualan Mega Rahmah Aidiladha diadakan yang menawarkan lebih banyak barangan asas termasuk 12,000 ekor ayam dan 6,000 papan telur dijadualkan berlangsung di enam lokasi pada Sabtu dan Ahad.

Jualan murah sempena musim perayaan itu menawarkan harga 30 peratus lebih rendah daripada pasaran bagi membantu penduduk berpendapatan rendah berjimat.

Pengarang :