Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Lembah Jaya di pekarangan Dewan Orang Ramai Taman Ampang Indah, Ampang Jaya pada 19 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah terus dinanti penduduk, ayam dan daging paling laris

OLEH SHAMZ JOHAN

AMPANG JAYA, 19 JUN: Lebih 500 ekor ayam dan 300 pek daging terjual dalam tempoh beberapa jam menerusi program jualan murah peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya di sini hari ini.

Pegawai pusat khidmat DUN berkata penduduk menunggu seawal 7 pagi untuk mendapatkan nombor giliran yang dihadkan kepada 300 sahaja, meskipun Jualan Ehsan Rahmah (JER) hanya bermula 10 pagi.

“Kita akan cuba penuhi permintaan penduduk untuk anjur program lebih kerap. Apapun ia tertakluk kepada kekosongan slot dari Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor,” kata Nurafzan Ismail.

Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Lembah Jaya di pekarangan Dewan Orang Ramai Taman Ampang Indah, Ampang Jaya pada 19 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Selain ayam dan daging, program yang berlangsung di pekarangan Dewan Orang Ramai Taman Ampang Indah turut menawarkan telur gred B, ikan kembung, minyak masa dan beras lima kilogram.

Dalam pada itu, Nurafzan memaklumkan pihaknya menerima empat ekor lembu dan 10 ekor kambing sumbangan Kerajaan Negeri sempena perayaan Aidiladha hujung bulan ini.

Program jualan murah barangan asas yang menawarkan harga 30 peratus lebih rendah daripada pasaran membantu penduduk berpendapatan rendah berjimat.

JER yang dimulakan akhir tahun lalu diteruskan hingga 1 September, kali ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program itu memberi penjimatan kira-kira RM18 juta kepada orang ramai dan mencatat nilai jualan RM37 juta sejak pelaksanaannya.


Pengarang :