Ahli Dewan Negeri Morib Hasnul Baharuddin (tengah) dan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (empat dari kanan) meninjau keadaan Sekolah Kebangsaan (SK) Morib yang rosak akibat dibadai ribut pada 15 Jun 2023. Foto Facebook Hasnul Baharuddin
AGENSISELANGOR

Keluarga terjejas ribut di Morib terima bantuan ihsan wang tunai, pek makanan

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 15 JUN: Sebanyak 70 keluarga terjejas akibat ribut di Morib menerima bantuan wang ihsan RM500  dan pek makanan sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Wakil rakyatnya Hasnul Baharuddin berkata sumbangan itu diharap sedikit sebanyak mengurangkan beban mangsa yang perlu menanggung kos membaik pulih rumah.

“Kejadian ribut kira-kira jam 5 pagi  mengakibatkan kerosakan infrastruktur dan bumbung sekolah dan rumah rosak teruk.

“Malah bencana yang berlaku menyebabkan tiang elektrik tumbang dihempap pokok mengakibatkan gangguan  bekalan elektrik di kawasan yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Mengulas lanjut, Hasnul berkata MBI turut memberi bantuan baik pulih segera berjumlah RM20,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Morib yang mengalami hampir 70 peratus kerosakan teruk akibat kejadian itu.

“Selain itu, MBI juga sedang menila ijumlah kerosakan yang dialami Sekolah Rendah Agama (SRA) Morib sebelum menghulur dana,” katanya.

Kejadian ribut, angin kecang dan hujan lebat kira-kira jam 5 pagi semalam sekitar kawasan rekreasi Pantai Morib, Kuala Langat mengakibatkan 65 pokok tumbang selain menyebabkan kerosakan infrastruktur dan bumbung rumah rosak.


Pengarang :