Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis perhimpunan penjawat awam dan pemimpin masyarakat bersama Dato’ Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kerja berpasukan pastikan tiada pihak ketinggalan dalam kemajuan negeri

SHAH ALAM, 23 JUN: Semangat kerja berpasukan menjadi amalan sepanjang lima tahun pentadbiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Menurut beliau semangat itu menyokong slogan ‘Maju Bersama’ yang diperkenalkan pada 2018 bagi memastikan tiada pihak ketinggalan dalam kemajuan Selangor.

“Sebab itu dalam ucapan saya kepada umum pada 20 Jun 2018 selepas diangkat sebagai Menteri Besar, saya sebutkan maju bersama, kita harus mara bersama demi mendepani rintangan yang akan dilalui.

“Saya juga sebut beberapa kali mengenai perubahan. Kita perlu adaptasi dengan perubahan kerana ia akan tetap berlaku,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan wakil pemimpin masyarakat yang hadir di majlis perhimpunan penjawat awam dan pemimpin masyarakat bersama Dato’ Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Menteri Besar bersama Penjawat Awam dan Pemimipin Masyarakat di Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haris Kasim dan semua barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.

Amirudin turut menyaksikan penyerahan watikah pembubaran yang diterima Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Ng Suee Lim daripada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Shafie Taib.

Dalam pada itu, Amirudin berkata beliau sentiasa berpegang kepada empat asas ilmu iaitu Islam, iman, ehsan dan hari akhirat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari selepas majlis perhimpunan penjawat awam dan pemimpin masyarakat bersama Dato’ Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Jelasnya, hari akhirat adalah mengenai masa hadapan dan ia perlu dilihat dengan jujur tanpa sikap pilih kasih atau bermimpi.

“Sebab itu Selangor buat klusterisasi supaya kita dapat melihat dengan jelas dimana arah tuju kita. Dari situ juga kita merancang Rancangan Selangor Pertama (RS-1),” katanya.

Amirudin sebelum ini menyifatkan RS-1 adaah kemuncak agenda pembangunan negeri yang dirancang beberapa tahun ini.

RS-1 yang dibentang pada Julai tahun lalu melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM212.44 bilion mengambil kira aspek pelaksanaan dasar, projek dan inisiatif menyeluruh antara Kerajaan Negeri dan persekutuan.


Pengarang :