Kerajaan Negeri agih 800 bubur lambuk di SUK

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 JUN: Sebanyak 800 bubur lambuk diagihkan kepada kakitangan awam di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena Ramadan kali ini.

Bubur lambuk yang sinonim dengan bulan Ramadan itu diagihkan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, semalam.

13424003_10206599469605812_1137958268738657783_nDaroyah berkata, menjadi tradisi setiap kali Ramadan, bubur lambuk akan diedarkan kepada penjawat awam di bangunan itu.

“Sudah menjadi tradisi setiap kali Ramadan, bubur lambuk akan diedarkan kepada penjawat awam di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Salam Ramadan dan selamat berbuka,” katanya di Facebook.

Daroyah berkata bubur lambuk akan diagihkan semula kepada kakitangan awam pada 16 dan 23 Jun depan.

-AA-


Pengarang :