Ahli Lembaga Lembaga Zakat Selangor Dato Dr Abdul Rahman Abdullah berucap pada Program Muzakarah Zakat Nusantara 2023 Edisi Khas di Hotel Concorde pada 20 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

LZS anjur muzakarah zakat libat lima negara, depani keperluan ummah

SHAH ALAM, 20 JUN: Buat julung kalinya, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan program Muzakarah Zakat Nusantara 2023 melibatkan lima negara Asia Tenggara.

Program dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu turut menghimpunkan kira-kira 150 perwakilan daripada pelbagai sektor pengkhususan pengurusan zakat.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS berkata muzakarah ini diadakan bagi menelusuri pelbagai kajian mengenai kepelbagaian fatwa ke atas zakat dan juga pendekatan dakwah pada zaman moden.

“Seiring itu, pelbagai kertas kerja dibentangkan bagi mengupas topik berkaitan pengurusan zakat terutama berkenaan perkembangan fatwa-fatwa zakat dan pendekatan dakwah zakat yang lebih realistik.

“Disamping itu, ia akan membincangkan isu-isu agenda perubahan dalam pemahaman zakat yang lebih baik bagi mendepani keperluan masa hadapan ummah yang semakin kompleks,” kata Dato’ Dr Abdul Rahman Abdullah.

Program Muzakarah Zakat Nusantara 2023 Edisi Khas di Hotel Concorde pada 20 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muzakarah Zakat Nusantara 2023 di Hotel Concorde di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Abdul Rahman menambah sebanyak 16 kertas kerja dijangka dibentangkan sepanjang tiga hari muzakarah berlangsung bermula hari ini.

Antara pembentang kertas kerja termasuklah Rektor Universiti Islam Selangor (UIS) Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah; Penolong Mufti (Buhuth) di Jabatan Mufti Brunei Dato’ Seri Setia Dr Awang Mazanan Yusof serta Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Albakri.


Pengarang :