Penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Shaharudin sedang melayan pelanggan di Cafe Reko, Jalan Reko, Kajang pada 22 Jun 2023. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS bantu modal niaga, sewa rumah ringan beban bapa tunggal empat anak

Oleh Naz Norziela Nasbah

SHAH ALAM, 24 JUN: Kepayahan seorang bapa tunggal yang membesarkan empat orang anak mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang tampil menghulurkan bantuan.

LZS memaklumkan Shaharudin atau lebih mesra dipanggil Abang Din yang menjalankan perniagaan roti canai kecil-kecilan di Jalan Reko, Kajang didadftarkan sebagai asnaf miskin.

“Shaharudin atau lebih mesra dipanggil Abang Din meneruskan kelangsungan hidup membesarkan tiga anak masih bersekolah dan seorang masih kecil selepas kematian isteri akibat asma dan tahap kesihatan kronik.

“Melalui Zakat Selangor, Abang Din telah didaftarkan sebagai asnaf miskin di Klang, berpindah ke Kajang.

 “Alhamdulillah beliau dibantu dengan bantuan sewa rumah. Seterusnya akan dipertimbangkan untuk bantuan modal perniagaan,” kata agensi itu di Facebook.

LZS berharap bantuan yang diagihkan pasukan Operasi Agihan Daerah Hulu Langat meringankan beban ditanggung.

“Terima kasih kepada pengeluar zakat. Sedikit bagi anda segalanya buat mereka,” katanya.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menziarahi Shaharudin yang berniaga roti canai di Cafe Reko, Jalan Reko, Kajang pada 22 Jun 2023. Foto Facebook LZS

Pengarang :