Petugas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan kotak makanan kepada salah seorang penerima yang layak di daerah Petaling pada 22 Jun 2023. Foto Facebook Mais
AGENSISELANGOR

Mais agih fidyah RM37,000, ringan beban 250 keluarga di Petaling

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 23 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM37,000 kepada 250 keluarga memerlukan di daerah Petaling semalam.

Agensi itu memaklumkan agihan fidyah diberikan dalam bentuk kotak makanan asas yang bernilai RM148 bagi setiap keluarga.

“Makanan asas yang diberikan termasuk beras, tepung, minyak, gula, sardin, serbuk minuman coklat, kari ayam siap dimasak, biskut dan banyak lagi,” katanya melalui Facebook.

Menurut Mais, agihan melibatkan kerjasama daripada rakan strategik agihan fidyah Mais iaitu Persatuan Urban Komuniti Sosial Malaysia (Scopurs).

Agensi tersebut juga mempelawa orang ramai yang belum sempat membayar fidyah untuk berbuat demikian secara dalam talian menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.


Pengarang :