Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha menerusi Facebook beliau pada 29 Jun 2023. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Aidiladha peluang dekatkan diri kepada Allah SWT, amal nilai Islam sebenar

SHAH ALAM, 29 JUN: Dato’ Menteri Besar berharap sambutan Aidiladha kali ini dimanfaatkan umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut berharap hari raya korban mengajar golongan muslim untuk mengamalkan ajaran Islam sebenar.

“Saya berdoa agar sambutan Aidiladha ini dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah dan mengajar kita mengamalkan nilai Islam sebenar,” katanya yang mengharapkan hubungan keluarga, jiran, kawan dan masyarakat lebih kukuh sempena perayaan ini.

Beliau menambah bulan Zulhijjah sinonim dengan amalan mengerjakan ibadah haji dan korban yang memberi pahala besar kepada umat Islam.

Dalam ibadah haji, Amirudin menjelaskan semua muslim bersatu tanpa mengira status dan bangsa bertepatan dengan ajaran Islam supaya membuang sikap perpecahan.

“Ibadah korban pula mengajar erti keikhlasan untuk melaksanakan perintah Allah walau menuntut pengorbanan harta dan masa.

“Keikhlasan ini akan memandu kita untuk mengikut jalan Allah dengan lebih bertakwa,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.


Pengarang :