Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama sukarelawan ketika aktiviti melapah daging korban di Lakeview Apartment Batu Caves, Gombak pada 29 Jun 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI.
AGENDANASIONAL

MB sembelih haiwan korban, ramah mesra dengan penduduk

BATU CAVES, 29 JUN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyembelih seekor lembu di Masjid Selayang Baru di sini, hari ini.

Upacara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha turut dihadiri isterinya Datin Seri Masdiana Muhamad kira-kira jam 11 pagi.

Amirudin yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua turut meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk dan petugas proses penyembelihan.

Beliau yang menunggang skuter turut hadir ke pangsapuri Lakeview Taman Jasa Perwira bagi meninjau proses penyembelihan haiwan korban.

Terdahulu, Amirudin menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 800 jemaah di Masjid Jamek Kampung Nakhoda, Batu Caves.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad menunggang motorsikal ke Lakeview Apartment sambil beramah mesra bersama sukarelawan ketika aktiviti melapah daging korban di Lakeview Apartment Batu Caves, Gombak pada 29 Jun 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi sumbangan ibadah korban tahun ini dan peruntukan tersebut bertambah berbanding tahun lalu berikutan peningkatan harga lembu daripada RM5,400 kepada RM6,000 seekor.

Pertambahan jumlah lembu korban daripada 660 kepada 700 dan jumlah kambing kekal 1,000 ekor. Menerusi sumbangan itu, setiap 56 Ahli Dewan Negeri menerima empat ekor lembu dan 10 ekor kambing.


Pengarang :