Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Aminudin Shari menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Raja Tun Uda Seksyen 16 Shah Alam pada 30 jun 2023. Foto Radin Wazir/Pejabat Menteri Besar
AGENDANASIONAL

MB solat Jumaat, takbir raya bersama 400 jemaah di Masjid Jamek Raja Tun Uda

SHAH ALAM, 30 JUN: Dato’ Menteri Besar menunaikan solat Jumaat bersama lebih 400 jemaah, di Masjid Jamek Raja Tun Uda, Shah Alam, di sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 1.10 tengah hari, kemudiannya mendengar khutbah bertajuk “Falsafah dan Hikmah Korban”.

Selepas solat, Amirudin melaung takbir raya sempena Aidiladha bersama jemaah yang dipimpin imam masjid, Suhairi Jairi.

Amirudin selepas itu turut mengambil peluang beramah mesra dan mendekati masyarakat termasuk berswafoto bersama sebelum beredar meninggalkan masjid.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyembelih kambing ketika program Ibadah Korban Perdana di Kediaman Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 30 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pagi tadi, Amirudin meneruskan kelaziman tradisi ibadah korban sejak 2018 di kediaman rasminya di Seksyen 7 di sini.

Dalam majlis berkenaan beliau turut menyembelih kambing dan bersama-sama petugas korban melapah haiwan.

Sejurus selepas itu, Amirudin meluang masa kira-kira 30 minit membantu petugas korban memasak kari kambing pada Majlis Qurban Perpaduan Pemuda Ampang di Dewan Taman Mulia Jaya, Ampang Jaya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membantu petugas korban memasak kari kambing pada Majlis Qurban Perpaduan Pemuda Ampang di Dewan Taman Mulia Jaya, Ampang Jaya pada 30 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :