Para pelakon sketsa ssambutan hari bebas denggi yang terdiri dari pelajar Sekolah kebangsaan Seksyen 7 membuat tanda pangkah ketika bergambar bersama selepas Majlis Sambutan Hari Bebas Denggi peringkat Hospital Shah Alam di Hospital Shah Alam pada 15 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

MBI sumbang RM5,000 jayakan sambutan Hari Bebas Denggi Hospital Shah Alam

SHAH ALAM, 15 JUN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbangkan dana berjumlah RM5,000 kepada Hospital Shah Alam bagi menganjurkan Sambutan Hari Bebas Denggi.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata sumbangan itu bertujuan menyokong usaha hospital berkenaan memberi kesedaran berkaitan denggi.

“Melihat kepada usaha mereka kami di pihak MBI berbesar hati untuk menyumbangkan dana sebanyak RM5,000 bagi memudahkan pihak hospital menganjurkan program.

Pengarah Hospital Shah Alam, Dr Ruzita Othman menyampaikan cenderahati kepada Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI Ahmad Azri Zainal Nor pada Majlis Sambutan Hari Bebas Denggi peringkat Hospital Shah Alam di Hospital Shah Alam pada 15 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Kita berharap orang awam mula cakna dan mengambil serius berhubung penjagaan kebersihan persekitaran bagi mengelak dijangkiti demam denggi,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sambutan Hari Bebas Denggi peringkat Hospital Shah Alam di sini hari ini.

Turut merasmikan majlis sambutan itu adalah Pengarah Hospital Shah Alam Dr Ruzita Othman.

Pembantu Kesihatan Awam Pejabat Daerah Petaling, Nelson Sanah (kanan) memberi penerangan kepada Pelajar Sekolah kebangsaan Seksyen 7 mengenai bahaya pembiakan jentik-jentik di ruang pameran Majlis Sambutan Hari Bebas Denggi peringkat Hospital Shah Alam di Hospital Shah Alam pada 15 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Mengulas mengenai kerjasama dengan hospital lain, Ahmad Azri berkata pihaknya sedia kolaborasi dengan mana-mana institusi kesihatan pada masa akan datang.

“Kerjasama bersama Hospital Shah Alam hari ini bukan kali pertama sebaliknya sebelum ini kita pernah menyumbangkan peralatan kesihatan juga di sini.

“Selain itu, Hospital Cyberjaya dan Ara Damansara Medical Centre juga pernah kita bekerjasama menghulurkan sumbangan,” katanya.


Pengarang :