Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad berucap sempena Program Meraikan Kecemerlangan Alam Sekitar MPAJ 2023 di Menara MPAJ pada 11 Jun 2023. Foto ihsan MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ seru perumahan strata tubuh badan pengurusan, senggara bangunan

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 12 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mahu kawasan pemajuan berstrata yang belum menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) supaya segera demikian.

Yang Dipertuanya Dr Ani Ahmad penubuhan badan seperti JMB dan MC dan penting bagi pengurusan dan penyelenggaraan bangunan yang lebih baik sekali gus mewujudkan persekitaran kediaman lebih selesa.

“Berdasarkan statistik sehingga Januari 2023, sebanyak 637 kawasan pemajuan berstrata dengan 108,566 unit petak direkodkan di kawasan pentadbiran Ampang Jaya.

“Bagaimanapun hanya 277 JMB dan 189 MC telah ditubuhkan dan beroperasi secara aktif dalam tempoh yang sama,’’ kata beliau dalam ucapannya dalam Program Meraikan Kecemerlangan Alam Sekitar Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 2023 di Menara MPAJ semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ) Dr Ani Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Operasi) Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) Norhanizan Sahib bergambar bersama peserta Program Meraikan Kecemerlangan Alam Sekitar MPAJ 2023 di Menara MPAJ pada 11 Jun 2023. Foto ihsan MPAJ

Dalam isu berkaitan Ani juga menasihatkan pengurusan JMB dan MC agar mematuhi peruntukan di bawah Akta 757 Akta Pengurusan Strata 2013 bagi mengelakkan aduan atau pertelingkahan mahupun tindakan undang-undang oleh pihak berkepentingan.

Mengenai program yang diadakan semalam beliau memberitahu sebanyak 200 peserta terpilih yang terdiri daripada anggota Jawatankuasa Pengurusan JMB, MC dan ejen pengurusan di bawah pentadbiran MPAJ hadir.

“Saya percaya hasil daripada penganjuran program ini para peserta dapat menimba ilmu pengetahuan dalam mengurus dan menyenggara bangunan dengan baik dan lebih berkesan seiring hasrat negeri untuk mewujudkan persekitaran kediaman berstarata yang selesa.

“Selain itu, program ini juga diharap dapat memastikan pembangunan berstrata khususnya di bawah pentadbiran MPAJ dapat diuruskan dengan lebih sistematik dan profesional,’’ tambahnya.


Pengarang :