PBTSELANGOR

MPS tawar urus pembersihan tandas awam kepada B40, OKU

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 18 JUN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membuka tawaran pengambilalihan pengurusan pembersihan tandas awam di lima medan selera kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan badan bukan kerajaan (NGO).

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan lima medan selera tersebut ialah Seri Selera MPS Batu 16, Rawang, gerai MPS Bandar Baru Selayang, gerai MPS Gombak Ria B, gerai MPS Rawang Integrated dan gerai MPS lebuh raya Sri Gombak.

“Selain golongan B40 dan NGO, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) juga boleh memohon,” kata MPS menerusi kenyataan di Facebook.

Tarikh tutup permohonan 30 Jun ini dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS di talian 03-6126 6024 atau layari laman web www.mps.gov.my.


Pengarang :