Pokok tumbang di Pantai Morib selepas kejadian angin kencang dan hujan lebat pada 16 Jun 2023 menyebabkan beberapa struktur binaan rosak. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Langat
AGENDANASIONAL

Pantai Morib ditutup kepada orang ramai, peniaga hingga 2 Julai

SHAH ALAM, 15 JUN: Kawasan rekreasi di Pantai Morib, Banting ditutup kepada orang awam dan peniaga sehingga 2 Julai ini untuk tujuan pemotongan pokok yang tumbang serta pembersihan kawasan susulan hujan lebat dan angin kencang semalam.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi kenyataan di Facebooknya berkata persetujuan untuk menutup kawasan pantai itu dibuat hasil perbincangan dan rangka kerja pembersihan dan pembaikan kerosakan oleh pihak pengurusan tertinggi majlis itu.

Pokok tumbang di Pantai Morib selepas kejadian angin kencang dan hujan lebat pada 16 Jun 2023 menyebabkan beberapa struktur binaan rosak. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Langat

MPKL berkata kerja pengalihan pokok bagi membersihkan laluan awam telah giat dilaksanakan Skuad Pantas MPKL bersama bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan polis sejak petang semalam.

– BERNAMA


Pengarang :