Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor Dr Suhaida Mohamed Sidek memeriksa persekitaran rumah penduduk di Jalan Meranti 3A Bandar Baru Batang Kali sempena Program Gotong-Royong Mega Basmi Aedes pada 18 Jun 2023. Foto Facebook Penerangan Daerah Hulu Selangor
AGENSISELANGOR

Pejabat kesihatan, penduduk gotong-royong hapus tempat pembiakan aedes

Oleh Naz Norziela Nasbah

SHAH ALAM, 26 JUN: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor dengan kerjasama persatuan penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan di Jalan Meranti 3A Bandar Baru Batang Kali.

Pegawai PKD Dr Suhaida Mohamed Sidek berkata program tersebut bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menghapus tempat pembiakan nyamuk aedes sekali gus menangani kes demam denggi.

“Kita melaksanakan aktiviti pemeriksaan dari rumah ke rumah dan laluan belakang rumah penduduk sekitar taman. Sikap ambil mudah punca peningkatan kes denggi.

“Tahniah diucapkan kepada penduduk dan mereka yang bersama keluarga membersihkan sekitar kawasan rumah. Sama-sama kita menjalankan tanggungjawab untuk membasmi nyamuk aedes,” katanya di Facebook.

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor Dr Suhaida Mohamed Sidek memeriksa persekitaran rumah penduduk di Jalan Meranti 3A Bandar Baru Batang Kali sempena Program Gotong-Royong Mega Basmi Aedes pada 18 Jun 2023. Foto Facebook Penerangan Daerah Hulu Selangor

Pengarang :