Peniaga udang galah, Amiri Khairi Hilman, 28, mengambil kesempatan menjual udangnya pada program Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Sungai Ramal, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi pada 27 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI
SELANGOR

Penduduk DUN Sungai Ramal buka gerai meriahkan program jualan murah

Oleh FHATIHAH ZAKINAN

BANGI, 27 JUN: Penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal mengambil peluang membuka gerai bersama penganjur Jualan Ehsan Rahmah (JER) bagi memeriahkan program jualan murah di Seksyen 7, di sini.

Peniaga kecil-kecilan Amir, Khairi Hilman, 28, berkata dia sudah enam kali mengikuti program jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu dibeberapa lokasi sebelum ini.

“Di sini saya berpeluang menjual udang galah viral RM1, kerana di jualan murah ini hanya menyediakan barangan asas sahaja.

Peniaga air mengambil Mohamad Amir, 29 mengambil kesempatan menjual airnya pada program Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Sungai Ramal, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi pada 27 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

“Jadi saya rasa peniaga boleh ikut sekali program ini di lokasi tertentu dan buka gerai masing-masing untuk meriahkan suasana, selain membantu merancakkan ekonomi setempat,” katanya.

Mohammad Amir Akhram Mat Saad, 29, pula sudah mengikuti program JER sejak tahun lalu dengan membuka gerai menjual air.

“Hari ini saya buka gerai air secara percuma, untuk diinfak kepada pengunjung program JER,” katanya.

Terdahulu program jualan yang menawarkan barangan keperluan asas anjuran PKPS dikunjungi lebih 200 penduduk, mereka beratur seawal jam 8 pagi.

JER menawarkan harga ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).


Pengarang :