EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berucap sempena majlis perasmian Konvensyen Islam dan Melayu Karamah Insaniyah Teras Pembentukan Jati Diri Umat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 14 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Penuhi keperluan mengajar, Selangor antara tertinggi lantik guru agama

SHAH ALAM, 14 JUN: Selangor antara negeri yang memiliki bilangan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) tertinggi dengan 7,650 orang dilantik setakat ini.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata jumlah itu termasuk lantikan 650 guru baharu secara berperingkat tahun ini bagi memenuhi keperluan mengajar.

“Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai nilai tambah kepada golongan ini terutama dalam aspek pendidikan. Mereka juga telah menerima gaji minimum RM1,500.

“Guru Kafa negeri ini turut mendapat latihan dan kursus bagi menambah kemahiran mengajar mereka,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Islam dan Melayu anjuran Institut Darul Ehsan hari ini.

Pada 13 April, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan pentadbiran negeri bakal melaras semula gaji guru sekolah rendah agama dan Kafa di Selangor.

Jelasnya, langkah itu bagi memastikan golongan itu tidak terbeban dengan kenaikan gaji dan pangkat yang agak lama berbanding guru bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.


Pengarang :