Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih, Hulu Langat pada 2 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PM, MB solat Jumaat bersama 1,000 jemaah di Semenyih

Oleh Shamz Johan

KAJANG, 2 JUN: Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih di sini hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 1.10 petang disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri dan ADN Taman Templer Sany Hamzan.

Turut mengiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang Najmuddin Jemain, Pegawai Daerah Hulu Langat Dato’ Mohd Jusni Hashim dan Ketua Tanggungjawab Sosial Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menikmati makan tengah hari bersama rakyat di Warung Berlado Kak Ani, Semenyih, Hulu Langat pada 2 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Anwar kemudian mendengar khutbah bertajuk ‘Islam Agama Kasih Sayang’ yang disampaikan Imam 1, Muhammad Hanif Abd Fatah yang menghuraikan kitab Nasa’ih al-Ibad.

Terdahulu, pemimpin nombor satu negara itu sempat makan tengahari di Warong Belado Kak Ani, Kampung Sungai Machang dengan menikmati nasi campur ala kampung.

Selepas solat, Anwar yang berbaju Melayu biru muda bersalaman serta berswafoto dengan jemaah sebelum beredar meninggalkan masjid pada jam 2.20 petang.


Pengarang :