Infrastruktur lantai dan siling Pusat Operasi Rela Sungai Ramal Luar dibaik pulih sepenuhnya dengan peruntukan RM20,000 bawah Projek Selangor Penyayang (PSP) bermula 10 Mei 2023. Foto Facebook Mazwan Johar
ADNSELANGOR

Pusat operasi Rela Sungai Ramal dibaik pulih bawah Projek Selangor Penyayang

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 30 JUN: Sejumlah RM20,000 diperuntuk bagi membaik pulih pusat operasi Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Sungai Ramal Luar bawah Projek Selangor Penyayang (PSP).

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berkata pembaikan bermula 10 Mei hingga 10 Jun lalu meliputi bumbung bocor, lantai konkrit, siling dan cat bangunan.

“Pusat Operasi Rela Sungai Ramal Luar telah memohon bantuan untuk baik pulih bangunan ini yang dijadikan pusat operasi setelah sekian lama dan kita luluskan.

“Ini satu lagi usaha bakti untuk kemudahan agensi yang berkhidmat kepada rakyat dalam kawasan ini supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih baik serta selesa,” kata Mazwan Johar.

Belanjawan 2023 memperuntuk RM28 juta untuk melaksankan PSP bagi mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil bagi manfaat rakyat Selangor.


Pengarang :