Foto Facebook FAS
AGENDASUKANKINI

Tayangan skrin besar malam ini, hadiah wang tunai menanti penyokong Selangor FC

SHAH ALAM, 26 JUN: Selangor FC menawarkan hadiah wang tunai sempena tayangan skrin besar perlawanan separuh akhir Piala FA menentang JDT di Dataran Kemerdekaan, malam ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya, ganjaran sehingga RM1500 itu akan diberikan kepada peserta yang memperagakan pakaian dan sorakan terbaik Gergasi Merah.

“Peragakan stail pemakaian terbaik dan tampil dengan sorakan yang menarik untuk memenangi wang tunai sehingga RM1500,” katanya.

Selain hadiah wang tunai, program tersebut juga akan diserikan dengan kehadiran trak Red Giants Club Shop dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Food.

Malam ini, JDT dan Selangor FC bakal merebut tempat ke saingan akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, dan ia dianggap sebagai ‘pertembungan panas’ oleh peminat bola sepak.

Skuad Harimau Selatan itu turun dengan misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lalu, manakala Gergasi Merah memburu kejuaraan Piala FA buat kali keenam.


Pengarang :