AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor, KL diramal ribut petir hingga 9 malam

SHAH ALAM, 20 JUN: Tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Terengganu, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah turut diramal mengalami cuaca sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :