Warga Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan murah pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Taman Universiti Indah, Subang Jaya pada 13 Jun 2023. Foto AMIRUL FAZLI/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Warga emas pertama kali kunjungi jualan murah akui berbaloi, dapat berjimat

Oleh AMIRUL FAZLI

SUBANG JAYA, 13 JUN: Seorang warga emas mengakui teruja apabila hadir buat pertama kali pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan di Taman Universiti Indah di sini hari ini.

Bimbang terlepas peluang mendapatkan barangan dapur pada harga murah, pekerja pembersihan Ong Chun Wei, 65, berkata beliau beratur sejak 8.30 pagi bagi mendapatkan nombor giliran.

“Ini pertama kali saya hadir ke jualan murah ini. Harga barang yang ditawarkan juga begitu murah berbanding membeli di luar,” katanya yang turut memuji jualan murah anjuran Kerajaan Negeri sangat membantu penduduk yang kurang berkemampuan sepertinya.

Sementara itu, suri rumah Ismaidayu, 35, yang juga pertama kali berkunjung ke jualan berkenaan mengakui berbaloi berbelanja dan dapat berjimat bagi memanpung kos sara hidup yang semakin tinggi. murah.

“Saya lihat harga jualan barangan keperluan asas ini memang murah dan dapat menjimatkan kewangan kami sekeluarga. Kebetulan jualan ini diadakan di kawasan rumah dan pastinya saya tidak mahu melepaskan peluang terbaik ini,” katanya,

JER telah menawarkan harga barangan keperluan asas seperti ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Pada 31 Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan program berkenaan memberi penjimatan kira-kira RM18 juta kepada orang ramai.

Beliau berkata program kendalian PKPS, anak syarikat Kerajaan Negeri, mencatat nilai jualan sekitar RM37 juta sejak pelaksanaannya.

Susulan sambutan menggalakkan, Pada 31 Mei, program Jualan Ehsan Rahmah yang sebelum ini dikenali Jelajah Ehsan Rakyat dilanjut hingga 1 September ini susulan sambutan menggalakkan orang ramai.

PKPS turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.


Pengarang :