Orang ramai hadir di Jelajah Malaysia Madani DUN Rawang pada 27 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

15 tahun pentadbiran Pakatan Harapan, rakyat Selangor terima pelbagai manfaat

RAWANG, 28 JULAI: Rakyat Selangor dinasihatkan tidak terpengaruh dengan mesej berunsur fitnah dan sensitif dibawa pihak lawan di media sosial yang hanya mahu memburukkan Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang Chua Wei Kiat mengingatkan rakyat membuat penilaian terlebih dahulu setiap isu tersebut.

“Di media sosial, banyak kandungan berunsur fitnah, sensitif dan isu perkauman dimainkan pihak lawan kepada Kerajaan Perpaduan khususnya Pakatan Harapan.

Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari bersama calon Pakatan Harapan (HARAPAN) DUN Rawang, Chua Wei Kiat hadir ke Jelajah Malaysia Madani Dun Rawang pada 27 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

“Saya berharap rakyat tidak terpengaruh dengan semua mesej tersebut. Namun, saya percaya rakyat Selangor mengenali kerajaan sedia ada dan cukup matang untuk menilai siapa yang lebih layak.

“Sudah 15 tahun Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang sentiasa menunjukkan keikhlasan membantu rakyat serta bawa perubahan kepada negeri,” ucapnya pada program Jelajah Malaysia Madani DUN Rawang di sini semalam.

Tambah Wei Kiat, pelbagai manfaat diterima rakyat menerusi kerajaan sedia ada walaupun pernah dilanda pandemik Covid-19.

“Rakyat terima pelbagai manfaat kebajikan hasil daripada polisi kerajaan. Kita capai pelbagai manfaat kerana mentadbir negeri dengan ikhlas dan berhemah.

“Biarpun rizab tinggi, kerajaan tetap menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuk membeli vaksin untuk diberikan secara percuma kepada rakyat,” katanya.

Hari penamaan calon pilihan raya negeri Selangor, dan lima negeri lain, ditetapkan pada 29 Julai ini. Hari mengundi pula pada 12 Ogos.

 


Pengarang :