Pasaraya Mydin meletakkan notis pemberitahuan bayaran menggunakan aplikasi Bingkas di hadapan kaunter ketika tinjauan Media Selangor di Mydin Mart, Selayang pada 15 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

30,000 warga Selangor dapat RM3,600 setahun beli keperluan asas

SHAH ALAM, 19 JULAI: Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) berjumlah RM3,600 setahun memanfaatkan 30,000 penduduk negeri ini bagi meringankan beban mereka membeli keperluan asas.

Diperkenal pada 2021, setiap peserta menerima bantuan bulanan yang dikreditkan ke e-dompet Wavpay, yang dilengkapkan dalam aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

E-dompet itu akan ditambah nilai ke jumlah RM300 setiap bulan secara automatik dan boleh
digunakan untuk membeli 16 barangan keperluan asas tertentu di kedai atau pasar raya berdaftar.

Barangan keperluan asas itu seperti beras, mi, bihun, roti, biskut, telur, tepung, minyak masak, kelengkapan mandian, bahan pencuci dan lampin pakai buang (untuk bayi dan dewasa).

Kebanyakan kedai yang tersenarai merupakan rangkaian 99 Speedmart seluruh negara, yang sememangnya menjadi pilihan ramai pengguna untuk membeli barangan asas.

Laporan lengkap berhubung BINGKAS yang terangkum dalam Iltizam Selangor Penyayang (ISP) boleh dibaca dan dimuat turun di pautan amirudinshari.com.

 


Pengarang :