Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad bergambar bersama sebahagian penerima insentif haji muasasah pada majlis penyerahan sumbangan di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Batang Kali pada 26 Julai 2023. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad
ADNSELANGOR

42 jemaah haji DUN Batang Kali terima insentif RM500, kit keperluan diri

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 27 JULAI: Seramai 42 jemaah haji sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali menerima sumbangan insentif haji muasasah sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, semalam.

Penyelaras DUN Batang Kali berkata selain setiap seorang menerima wang tunai RM500, mereka turut menerima kit keperluan diri yang mengandungi ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.

“Mereka telah membuat permohonan kepada MBI sebelum berangkat ke tanah suci Mekah dan saya mengambil sedikit masa menyelesaikan program sumbangan ini selepas semua telah pulang ke tanah air.

“Terima kasih Kerajaan Negeri, juga khususnya MBI yang sentiasa komited dalam memikirkan usaha terbaik untuk kelestarian hidup rakyat Selangor,” kata Saifuddin Shafi Muhammad di Facebook.

Tambahnya mandat dan kepimpinan yang benar-benar bekerja untuk rakyat perlu dipertahankan agar lebih banyak sumbangan dapat diberikan kepada setiap warga mengikut keperluan masing-masing.

Sebelum ini negeri mengumumkan pemberian insentif RM500 buat 3,000 bakal jemaah haji muassasah yang memerlukan tahun ini, khasnya kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif melalui Menteri MBI turut mengagihkan kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir dengan peruntukan berjumlah RM1.653 juta.


Pengarang :