AGENDANASIONAL

Amaran hujan di KL, empat daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 13 JULAI: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Kuala Lumpur serta empat daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 7 malam.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan amaran sama dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :