AGENDANASIONAL

Amaran hujan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 11 JULAI: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda empat daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak hingga 2 pagi.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook  memaklumkan amaran sama dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :