Cuaca hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak dan Petaling hingga 6 petang

SHAH ALAM, 5 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan  ribut petir di tiga daerah di Selangor sehingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan daerah terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak dan Petaling selain seluruh Melaka serta Kuala Lumpur.

Cuaca sama turut diramal beberapa bahagian di Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :