Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad (kiri) meninjau kerja naik taraf stor logistik pengurusan jenazah di Taman Seri, Batang Kali pada 21 Julai 2023. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad
ADNSELANGOR

DUN Batang Kali sumbang RM7,000 naik taraf pengurusan jenazah Taman Seri

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 22 JULAI: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali menyerah sumbangan RM7,000 kepada pengurusan Tanah Perkuburan Islam Taman Seri semalam.

Penyelarasnya Saifuddin Shafi Muhammad berkata sumbangan itu untuk membeli kabin bagi menaik taraf stor logistik yang menempatkan peralatan pengurusan jenazah.

“Ini adalah antara tanah perkuburan utama di Batang Kali yang mana kapisiti keperluan dan permintaan pengurusan jenazah semakin tinggi.

“Jadi kita rasa wajar tambah sedikit demi sedikit keperluan logistik yang boleh beri banyak manfaat kepada penduduk setempat dan petugas-petugas di tanah perkuburan,” katanya menerusi video di Facebook.

Saifuddin menambah kabin digunakan berikutan peralatan yang digunakan memerlukan ruang simpanan yang lebih selamat agar tidak hilang atau rosak sehingga membantut kelancaran kerja di tanah perkuburan berkenaan.


Pengarang :