Dato’Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentang Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad Untuk Lima Tahun Untuk Rakyat Selangor di Seksyen 7, Shah Alam pada 31 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

HARAPAN, BN Selangor bentang tawaran lima tahun negeri gemilang

SHAH ALAM, 31 JULAI: Tawaran Kita Selangor Lima Tekad Untuk Lima Tahun Kegemilangan Selangor memuatkan pelbagai bentuk bantuan dan perancangan bagi membangunkan negeri demi keselesaan rakyat.

Dilancarkan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri Dato’ Seri Amirudin Shari pada malam ini, dokumen itu merangkumi banyak sektor penting bagi meneruskan kemajuan sedia ada.

Sebahagian kandungan yang terdiri daripada lima teras telahpun dimulakan pentadbiran Dato’ Menteri Besar itu manakala ada program termuat dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Megat Zulkarnain, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo turut hadir dalam majlis di Seksyen 7 di sini.

Berikut ringkasan manfaat yang bakal dinikmati segenap lapisan kelompok masyarakat:

Islam

– elaun imam, bilal, siak, nazir naik secara berperingkat iaitu imam (RM1,600), bilal (RM700), siak (500) dan nazir (RM500)
– permudah daftar sekolah menengah agama Islam
– perkenal Biasiswa Al-Ghazali untuk pelajar tahfiz, pondok dan sekolah agama rakyat
– tingkat bayaran khairat kematian kepada RM1,000
– subsidi kos tunai haji RM2,000 kepada 3,000 jemaah muassasah kali pertama
– perluas pengajian kitab turath ke setiap daerah
– sekretariat khas daftar sijil halal dan RM3 juta untuk dana guaman syariah

Pendidikan

– baucar Buku Kita Selangor RM200 untuk mahasiswa anak negeri
– latihan TVET kepada 10,000 anak muda dengan kerjasama syarikat berteknologi tinggi
– sasar 200,000 pelajar terima tuisyen percuma melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor
– kelas percuma untuk pelajari bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Jepun dan Korea
– bantuan RM1,500 kepada Mahasiswa Kita Selangor

Wanita dan kebajikan

– RM1,000 setahun kepada wanita bekerja bagi kurangkan kos asuh anak
– kemudahan penjagaan kanak-kanak di pejabat kerajaan dan sedia insentif untuk sektor swasta
– tingkat penggunaan CCTV di lokasi awam demi keselamatan
– program kebajikan ditambah daripada 46 kepada 60 inisiatif
– perluas pemeriksaan kesihatan percuma
– insentif RM1,000 untuk petani dan pesawah
– khidmat ambulans percuma di setiap pihak berkuasa tempatan
– pilihan tukar cukai petak dan utiliti air kadar komersial kepada kediaman untuk rumah pertama
– ambil alih pengurusan satu pangsapuri kos rendah setiap daerah untuk baiki kemudahan awam

Anak muda dan sukan

– sedia 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi
– perkenal liga e-sukan dan pusat e-sukan di seluruh daerah
– perkasa akademi lahirkan bakat untuk juarai Piala Malaysia, SUKMA dan Piala AFC
– RM1,500 sebulan untuk 2,000 pelatih industri (internship)
– perluas program Inisiatif Roda Darul Ehsan kepada pemandu e-panggilan

Bandar daya huni

– tawar 200,000 unit rumah berharga RM250,000 ke bawah
– sedia 10,000 unit rumah penjawat awam
– kurangkan kesesakan trafik menggunakan sistem di Korea Selatan dan Singapura
– perluas khidmat bas mini dan van ke seluruh daerah
– bina pusat rekreasi di setiap Dewan Undangan Negeri
– wujudkan 5,000 pusat pengecasan berkuasa tinggi untuk kereta elektrik
– RM100 juta tingkatkan mutu jalan di luar bandar

Ekonomi

– hubung jajaran rel di KLIA ke Tanjong Sepat dan Sungai Pelek
– perkhidmatan rel di Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam
– lengkapkan keterhubungan 5G, jadi negeri tercekap di Asia Tenggara
– wujudkan tiga kawasan bandar baharu (township) di Sepang, Sabak Bernam dan jajaran Sungai Klang
– tubuh pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Pelabuhan Klang
– bangunkan pertanian moden, aeroangkasa, rel dan bas elektrik, perkhidmatan 5G, robotik, automasi, kecerdasan buatan, tenang boleh diperbaharu serta e-sukan
– wujudkan taman perindustrian mampan untuk jadi negeri neutral-karbon

Perkhidmatan awam dan PBT

– pusat sehenti khas di setiap PBT untuk atasi isu kritikal dalam 24 jam
– urusan kerajaan menggunakan sistem digital sepenuhnya
– Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang jadi model pentadbiran Greater Klang Valley
– bantu peniaga beralih ke sistem digital
– teknologi automasi untuk kutipan sampah
– tawar sistem pengasingan sisa di kawasan perumahan
– lengkapkan panel solar di bangunan kerajaan dan PBT


Pengarang :