Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media pada Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 28 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

HARAPAN Selangor kekal yakin menang dua pertiga majoriti

SHAH ALAM, 28 JULAI: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor kekal yakin mampu meraih dua pertiga majoriti sekali gus mempertahankan pentadbiran sedia ada.

Pengerusinya Dato’ Seri Amirudin Shari berkata berdasarkan pantauan dibuat setiap tiga bulan, sokongan kepada pemerintahan Kerajaan Negeri masih kukuh.

“Sehingga kini (menjelang penamaan) saya masih yakin kita menang dengan majoriti dua pertiga di Selangor. Sebelum penamaan, setiap minggu kita melihat serangan dan giatkan penerangan,” katanya.

Dato’ Menteri Besar bercakap demikian pada majlis penyerahan kenderaan rasmi penggal ke-14 di sini hari ini.

Esok merupakan hari penamaan calon pilihan raya negeri (PRN) Selangor dan lima negeri lain manakala hari mengundi pula pada 12 Ogos.

PRN ini melibatkan 56 DUN di Selangor, Pulau Pinang (40), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Kelantan (45) dan Terengganu (32).


Pengarang :