PBTSELANGOR

MPS tawar diskaun kompaun sehingga 80 peratus

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

GOMBAK, 28 JULAI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menawar pengurangan kompaun sehingga 80 peratus mengikut jenis kesalahan bermula 1 Julai hingga 31 Ogos.

Yang dipertua berkata kempen pengurangan kompaun Kesalahan di bawah Akta dan Undang-Undang Kecil memberi peluang kepada orang ramai menyelesai tunggakan masing-masing.

Bagi tujuan semakan dan rayuan, boleh berurusan di Kaunter Rayuan Jabatan Perundangan MPS,” kata Datuk Mohd Yazid Sairi pada mesyuarat penuh bulanan MPS hari ini.

Beliau menambah sehingga 30 Jun, MPS mengutip cukai taksiran sebanyak RM52.39 juta atau 91.91 peratus daripada RM57 juta.

Bagi kutipan tunggakan cukai taksiran pula, katanya, RM7.98 juta atau 66.48 peratus dikutip daripada jumlah tunggakan keseluruhan RM12 juta.

Jelas Mohd Yazid, MPS juga mengadakan kempen bayaran cukai taksiran secara dalam talian di aplikasi MyMPS, platform bayaran di Lazada, Shopee serta Cepat bermula Januari lalu.

“Pemilik kompaun dikehendaki berurusan di Kaunter Rayuan Jabatan Perundangan, Tingkat 4, Menara MPS bagi tujuan semakan dan rayuan tersebut,” katanya.


Pengarang :