Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa YB Dr G Gunaraj (tengah) beramah mesra dengan pengamal media pada majlis makan petang DUN Sentosa bersama rakan media di Best Western i-City, Shah Alam pada 2 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Hargai peranan pengamal media, DUN Sentosa anjur jamuan makan

Oleh NAJAMUDDIN MOHD NOR

SHAH ALAM, 2 JULAI: Jasa pengamal media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat sentiasa dihargai dan dianggap sebagai rakan paling rapat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa.

Penyandangnya Dr G Gunaraj berkata beliau sangat menghargai peranan media menyebarkan maklumat selama lima tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat sejak 2018

Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa Dr G Gunaraj berucap pada Majlis makan petang DUN Sentosa bersama rakan media di Best Western i-City, Shah Alam pada 2 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Peranan media saya tak akan lupakan, menyebarkan maklumat dan membantu menyelesaikan isu di DUN Sentosa.

“Tanpa media, mungkin sukar saya dan pasukan saya bekerja untuk membantu rakyat di DUN Sentosa. Anda adalah rakan rapat saya dan pasukan DUN Sentosa,” katanya.

Berucap pada majlis meraikan pengamal media di Hotel Best Westtern, di sini, hari ini, Dr Gunaraj berkata pelbagai isu masyarakat setempat diselesaikan hasil bantuan pengamal media.

“Sebanyak 742 artikel mengenai DUN Sentosa daripada pelbagai versi bahasa, Melayu, India dan Cina yang diterbitkan pengamal media dalam lima tahun ini.

“Media telah membantu saya dan paling diingati antaranya ketika saya mahu menyelesaikan isu sampah di Jalan Kebun pada 2019.

“Terima kasih kepada semua pengamal media utk lima tahun ini dalam membantu saya dan pasukan saya. Budi dan jasa anda tidak dapat saya lupakan,” katanya.

Dalam majlis itu, pengamal media diraikan dengan jamuan makanan dan acara cabutan bertuah.

Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa YB Dr G Gunaraj (tengah) beramah mesara dengan pengamal media pada majlis makan petang DUN Sentosa bersama rakan media di Best Western i-City, Shah Alam pada 2 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :