Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika sesi pendengaran awam bersama rakyat anjuran Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam pada 24 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Istimewa Selangor, sedia banyak inisiatif bantu rakyat

SHAH ALAM, 25 JULAI: Kejayaan Selangor mencatat kutipan hasil serta pelaburan tinggi membolehkan pentadbiran negeri ini melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat.

Dato’ Menteri Besar berkata kemampuan memperkenalkan program kebajikan, pendidikan hingga pengupayaan rakyat meletakkan Selangor lebih istimewa berbanding negeri lain.

“Misalnya Skim Mesra Usia Emas, dulu kita hanya beri kepada waris dan warga emas tidak merasa apa-apa. Kita tambah baik dengan memberi RM150 setiap tahun sepanjang hayat mereka dan apabila meninggal, waris diberi RM500.

“Kita akan cuba naik taraf dan baiki kesilapan. Saya percaya perkara ini harus dilakukan kerana ia proses berterusan,” katanya dalam sesi Town Hall Rakyat di Seksyen 15, di sini, malam tadi.

Di sebalik pelaksanaan pelbagai bentuk program, beliau berkata pentadbiran negeri juga perlu mendengar keluhan mahupun kritikan rakyat bagi menambah baik polisi sedia ada.

“Sudah pasti kalau kata puas hati sepenuhnya itu tidak mungkin berlaku dalam sebuah negara demokrasi. Jika sokongan cecah 60 hingga 70 peratus, itu mewakili demokrasi yang baik.

“Jadi penting juga untuk kita dengar keluhan, bantahan mahupun kritikan kerana sebahagian bantahan mungkin membawa kepada pembetulan polisi dan keputusan Kerajaan Negeri,” katanya.


Pengarang :