Pesilat menunjukkan kemahiran seni bela diri sempena majlis perasmian Himpunan Perpaduan Silat Melayu Se-Paya Jaras di Padang Awam Aman Putri, Sungai Buloh, Shah Alam pada 16 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jadikan silat aktiviti kokurikulum sekolah, EXCO sedia jumpa menteri bincang

SHAH ALAM, 17 JULAI: Silat yang merupakan seni bela diri perlu dijadikan sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah demi menjaga warisan budaya Melayu.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata beliau sedia menjadi pemudah cara dan berjumpa pihak tertentu termasuk kementerian pendidikan bagi merealisasikan perkara berkenaan.

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berucap sempena majlis perasmian Himpunan Perpaduan Silat Melayu Se-Paya Jaras di Padang Awam Aman Putri, Sungai Buloh, Shah Alam pada 16 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Ramai guru silat maklumkan minat untuk masuk (mengajar) di sekolah tetapi ada beberapa kekangan. Bagi saya silat patut dijadikan aktiviti kokurikulum tapi ada sekolah tak benarkan.

“Jadi kita minta kementerian untuk benarkan perkara ini. Saya sedia jadi pemudah cara dan berbincang dengan menteri serta jabatan pendidikan negeri,” katanya.

Beliau ditemui pada program Himpunan Perpaduan Silat Melayu Se-Paya Jarad di Padang Awam Aman Putri di sini semalam.

Program terbabit disertai kira-kira 2,000 pesilat seluruh negeri dari perguruan Seni Silat Cekak, Silat Lincah, Silat Gayong, Silat Abjad, Silat Hanafi dan Silat Gayong Cula Buaya.

Dalam majlis berkenaan Mohd Khairudin turut menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada setiap aliran seni pertahanan diri berkenaan.


Pengarang :