Foto Facebook Selangor Xtiv Virtual
AGENDASUKANKINI

Kejohanan e-sukan robotik, lebih 1,000 peserta rebut hadiah terkumpul RM24,000

SHAH ALAM, 10 JULAI: Seramai 1,268 peserta bakal berentap dalam kejohanan e-Sukan Robotik Selangor XTIV yang julung kali dianjur Kerajaan Negeri pada 15 dan 16 Julai ini.

Menurut EXCO sukan, kejohanan yang bakal berlangsung di tapak parkir Pasaraya Econsave, Paya Jaras, Sungai Buloh menawarkan hadiah keseluruhan RM24,000 berserta sijil peringkat negeri.

“Setakat ini 64 pasukan mengesahkan penyertaan bagi acara PUBG dan Mobile Legend Bang Bang dengan masing-masing diwakili enam peserta, manakala 500 peserta acara FIFA PS4.

“Kejohanan ini jadi medan terbaik untuk menggilap bakat akar umbi dalam sukan berkenaan,” kata Mohd Khairuddin Othman ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan acara sama turut diselitkan program kemahiran berkaitan teknologi robotik dengan menyasar belia, pelajar dan ibu bapa.

“Mereka akan didedahkan dengan elemen robotik yang menjadi trend pada masa kini seiring revolusi industri 4.0 (IR4.0).

“Kita bukan memfokuskan kepada sukan elektronik itu semata-mata, sebaliknya kemahiran pemasangan robotik juga,” katanya.

Sejak tiga tahun lalu, Selangor memperkenal program e-sukan menerusi XTIV Virtual dengan lebih 250,631 penyertaan dan 18 juta tontonan di platform media sosial.

Acara dipertandingkan termasuk PUBG, Mobile Legends Bang Bang, Call of Duty Mobile, Pro Evolution Soccer 2021, FIFA Pro Club, Selangor XTIV Ride dan Selangor XTIV Virtual Jump Rope Challenge.

Selangor satu-satunya negeri berjaya menganjurkan pertandingan sukan secara maya berskala besar berserta hadiah lumayan.

End


Pengarang :