Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Klang, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat setakat 1 tengah hari

SHAH ALAM, 9 JULAI: Tiga daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 1 tengah hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Keadaan sama turut diramal melanda Putrajaya, Perlis, beberapa daerah di kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :