Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama kakitangan kerajaan negeri sewaktu Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 28 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB, barisan EXCO serah kenderaan rasmi hari ini

SHAH ALAM, 28 JULAI: Barisan EXCO Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) menyerahkan kenderaan rasmi yang digunakan sepanjang penggal di pekarangan bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri hari ini.

Serahan kereta jenis Toyata Camry kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dimulakan Dato’ Menteri Besar diikuti barisan kepimpinan termasuk Speaker Dewan Negeri Selangor Ng Suee Lim.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penyerahan berkenaan sebagai langkah mengelak timbulnya sebarang persepsi selain menunjuk serta mempraktik tadbir urus yang baik.

“Walaupun ia tidak menyalahi undang-undang namun kita nak elak persepsi. Jadi hari ini kita serahkan kereta rasmi ini. Mungkin kadang-kala kita boleh gunakan untuk majlis rasmi.

“Walaupun agak susah kena ambil, keluar (pulang) tetapi ini dapat menjaga integriti dan jaminan tatakelola yang baik,” katanya pada majlis berkenaan.

Esok merupakan hari penamaan calon pilihan raya negeri (PRN) Selangor dan lima negeri lain manakala hari mengundi pula pada 12 Ogos.

PRN ini melibatkan 56 DUN di Selangor, Pulau Pinang (40), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Kelantan (45) dan Terengganu (32).


Pengarang :