AGENDANASIONAL

MB jawab isu setempat dalam dialog awam di Karangkraf malam esok

SHAH ALAM, 23 JULAI: Sesi dialog awam bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual malam esok di Dewan Karangkraf, Seksyen 15 di sini.

Bermula 8.30 malam, program anjuran Sinar Harian membuka peluang kepada hadirin untuk bersoal jawab bersama pemimpin negeri itu berhubung isu setempat.

Sesi tersebut dikendalikan moderator yang juga pelakon terkenal Azhar Sulaiman, yang boleh ditonton secara dalam talian di pautan www.sinarharian.com.my.

Orang ramai yang ingin hadir secara fizikal pula perlu mengesahkan kehadiran di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf8P9-e6GHnENpiSpswhpe1MCB_X_uL5EtYseh2KswnxUtfIA/viewform selewat-lewatnya hari ini.

Program tersebut kerap dianjurkan Sinar Harian dengan menampilkan pemimpin setempat dan ahli akademik untuk merungkai isu semasa dalam negara.


Pengarang :