Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menandatangani plat perasmian ketika majlis perasmian taman tema air SplashMania di Bandar Gamuda Cove, Kuala Langat pada 2 Julai 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB yakin lebih 25 juta pelancong kunjungi Selangor tahun ini

KUALA LANGAT, 2 JULAI: Jumlah kedatangan pelancong di Selangor dijangka meningkat melebihi 25 juta pada tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penambahan daripada 22 juta pelancong yang direkodkan tahun lalu susulan adanya tarikan baharu dalam industri pelancongan negeri.

“Tahun 2022 merupakan lonjakan dalam industri pelancongan kerana kita ada pelbagai tarikan seperti taman tema di Bangi, Shah Alam dan Sunway Lagoon khususnya.

“Dengan kepelbagaian ini, saya yakin jumlah pelancong mencapai lebih 25 juta tahun ini berbanding tahun lalu 22 juta pelancong domestik dan 3.2 juta pula antarabangsa.

“Jumlah ini juga mengambil kira beberapa pertimbangan seperti kurangnya kes Covid-19,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Taman Tema Air SplashMania di Bandar Gamuda Cove hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Pengerusi Gamuda Berhad Tan Sri Ambrin Buang ketika majlis perasmian Taman Tema Air SplashMania di Bandar Gamuda Cove, Kuala Langat pada 2 Julai 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Selangor berjaya mengekalkan rekod nombor satu jumlah kedatangan pelancong domestik pada tahun lalu dengan catatan 22 juta jauh lebih tinggi berbanding negeri lain.

Angka itu sekali gus meletakkan Selangor sebagai negeri teratas meninggalkan Kuala Lumpur dengan 16.9 juta diikuti Sarawak (15.5 juta), Perak (14.6 juta) dan Pahang (13.2 juta).

Pemandangan sekitar Taman Tema Air SplashMania di Bandar Gamuda Cove, Kuala Langat pada 2 Julai 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :