PBTSELANGOR

MBPJ catat prestasi kewangan kukuh hasil perbelanjaan berhemah

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

PETALING JAYA, 26 JULAI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mencatatkan prestasi kewangan kukuh dengan kedudukan rizab bersih sebanyak RM108.87 juta setakat Jun lalu.

Datuk bandarnya berkata kejayaan tersebut hasil perbelanjaan berhemah yang diamalkan dan akan ditambah baik bagi menjamin penyampaian perkhidmatan berkesan.

“Ini juga termasuk prestasi pencapaian perbelanjaan lain seperti pembangunan sebanyak RM86.61 juta berbanding anggaran keseluruhan kutipan hasil sebanyak RM404.82 juta bagi projek kemudahan.

“Ini sekali gus membuktikan MBPJ memberi perkhidmatan yang berkesan selain dapat memenuhi kehendak seluruh penduduk Petaling Jaya,” kata Mohamad Azhan Md Amir dalam mesyuarat penuh hari ini.

Beliau turut memaklumkan peningkatan ketara bagi hasil bukan cukai, yang menunjukkan penduduk sekitar kawasan itu mula menerima trend terkini pembayaran secara dalam talian.

“Ia mencatatkan peningkatan ketara kepada RM54.03 juta setakat Jun berbanding RM46.39 juta dalam temph sama tahun lalu,” katanya lagi.


Pengarang :