Penguat kuasa MBSA menunda kenderaan terbiar di sekitar Shah Alam sejak awal tahun sehingga September 2020. Foto MBSA
PBTSELANGOR

MPAJ saran orang ramai serah kenderaan tidak digunakan untuk pelupusan

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 28 JULAI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mewujudkan Pusat Sehenti Kenderaan Terbiar untuk menggalakkan orang awam menyerahkan kenderaan milik persendirian yang tidak digunakan lagi secara sukarela.

Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad berkata usaha itu secara tidak langsung dapat membantu untuk mengawal lambakan kenderaan terbiar di tempat awam.

“MPAJ merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang melaksanakan usaha sebegini.

“Perkara ini juga akan membantu mewujudkan persekitaran kawasan Ampang Jaya ke arah lebih baik,” katanya ditemui selepas mesyuarat penuh MPAJ.

Tambahnya, pada asalnya pelupusan kereta terbiar mengambil masa enam hingga 12 bulan namun selepas dipilih Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan  untuk melaksanakan projek rintis proses pengurusan kenderaan terbiar melalui pendakwaan di mahkamah, proses berkenaan dapat disingkatkan kepada dua hingga empat bulan.


Pengarang :