Pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) ketika program Sentuhan Kasih KPKT di Dewan Hamzah MPK, Klang pada 26 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPK dinaik taraf jadi bandar raya, tingkat ekonomi setempat

SHAH ALAM, 26 JULAI: Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan cadangan menaik taraf Majlis Perbandaran Klang (MPK) kepada status bandar raya.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata kelulusan pada mesyuarat Kabinet semalam menjadikan MPK sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) ke-20 meraih status tersebut.

“Naik taraf MPK dilihat akan memperkasa Klang sebagai bandar raya dan pelabuhan berdaya saing di peringkat global.

“Ia juga akan menjadi faktor pertumbuhan ekonomi setempat dan peningkatan kualiti hidup rakyat serta daya saing negara,” kata Nga Kor Ming pada sidang media di sini hari ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (tengah) diiringi Yang Dipertua Majis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan (kanan) melawat pameran pada program Sentuhan Kasih KPKT di Dewan Hamzah MPK, Klang pada 26 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Terdahulu, Kor Ming menghadiri program Sentuhan Kasih Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Dewan Hamzah seterusnya meninjau kemudahan awam sekitar Klang.

Beliau menambah, majlis pemasyhuran status bandar raya Klang akan diumumkan sebaik mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Menurutnya, MPK juga akan mengguna pakai Garis Perancangan Khas yang disediakan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) bagi mengangkat martabat institusi Diraja.

“Klang akan menjadi antara sembilan PBT daripada 155 PBT seluruh negara yang dipilih menggunakan garis panduan sendiri bagi memartabatkan dan membela institusi Diraja,” katanya.


Pengarang :