PBTSELANGOR

MPSepang tawar kompaun parkir serendah RM15 sepanjang bulan ini

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

SHAH ALAM, 5 JULAI: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menawarkan pengurangan kompaun parkir serendah RM15 sepanjang bulan ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan semakan dan pembayaran kompuan boleh dibuat menerusi aplikasi Flexi Parking atau ke kaunter pembayaran di MPSepang.

“Pengurangan kompaun yang bermula 1 hingga 31 Julai bagi Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPSepang 2007.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Perundangan MPSepang di talian 03-83190200 dan 03-83190230 atau layari www.mpsepang.gov.my,” maklumnya di Facebook.


Pengarang :