Ketua Penerangn KEADILAN Fahmi Fadzil bergambar bersama jentera selepas pelancaran Bilik Gerakan dan Jentera Pilihan Raya DUN Batu 3 di Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu 3 pada 9 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pelancaran jentera pilihan raya DUN Batu Tiga meriah, penuh semangat

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 9 JULAI: Jentera Pilihan Raya dan Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dilancar sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyempurnakan majlis itu di Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu Tiga di sini dengan dihadiri ramai penyokong.

Majlis turut dihadiri kepimpinan dan ahli Barisan Nasional (BN) diketuai Ketua UMNO Shah Alam Datuk Azhari Dato Shari.

Ketua Penerangn KEADILAN Fahmi Fadzil
berucap ketika pelancaran Bilik Gerakan dan Jentera Pilihan Raya DUN Batu 3 di Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu 3 pada 9 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pelancaran turut menyaksikan Fahmi menyerahkan bendera Pakatan Harapan (HARAPAN) dan KEADILAN kepada 46 ketua kawasan dalam DUN Batu Tiga.

Sebelum pelancaran hadirin didengarkan ucapan daripada beberapa pimpinan termasuk penyandang DUN Batu Tiga Rodziah Ismail, Naib Presiden PKR Sabah Awang Husaini Sahari dan Yang diPertua Persatuan Anggota Veteran Keadilan Khairul Anuar Ahmad Zainudin sebelum Fahmi menyampaikan ucaptama.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Azhari dan Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof.

Pada 25 Jun lalu Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan Jentera HARAPAN Selangor bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

Pada 23 Jun Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan sekali gus membuka laluan kepada PRN untuk diadakan.


Pengarang :