AGENSISELANGOR

Peniaga bermusim berpeluang mohon pinjaman Hijrah sehingga RM20,000

SHAH ALAM, 1 JULAI: Peniaga musim perayaan atau musim buah-buahan dipelawa memohon modal perniagaan dengan pembiayaan sehingga RM20,000.

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) berkata skim pembiayaan i-Bermusim boleh dimohon menerusi www.hijrahselangor.com dan maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi pautan i-Bermusim

“Menerusi skim pembiyaan i-Bermusim, Hijrah berjaya membantu ramai usahawan di Selangor untuk mendapatkan modal perniagaan bagi menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau musim buah-buahan,” katanya di Facebook.

Berikut antara syarat kelayakan pemohon:

  • warganegara Malaysia
  • penduduk atau pemastautin Selangor
  • mengundi di Selangor
  • berumur 18 hingga 65 tahun
  • perniagaan sudah beroperasi
  • mempunyai premis perniagaan yang khusus
  • salinan lesen/permit perniagaan yang sah
  • tiada rekod pembiayaan yang tidak baik dari institusi kewangan atau agensi kerajaan
  • terlibat secara langsung dalam perniagaan
  • satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian

Selain i-Bermusim, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari dan i-Agro.

Sejak awal penubuhannya pada 2015,  Hijrah sudah menyalur modal niaga bernilai RM749.63 juta membabitkan pelbagai skim pembiayaan yang memanfaatkan 57,492 usahawan seluruh negeri dalam mengembangkan perniagaan masing-masing.

 

 

 


Pengarang :